tanda-tanda kecil KIAMAT

PENAKLUKAN BAITULMAQDIS
Dari Auf Malik ra katanya,"rasulullah s.a.w telah bersabda:"Aku menghitunge enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya,iaitu penaklukan Baitulmaqdis..-Sahih Bukhari


ZINA BERMAHARAJALELA
"Dan tinggallah manusia-manusia yg buruk,yg seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai).Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."-Sahih Muslim


ORG HINA MENDAPAT KEDUDUKAN TERHORMAT
“Di antara tanda2 semakin dekatnya kiamat ialah dunia akn dikuasai oleh Luka' bin Luka' (org yg bodoh dan hina). Maka org yg paling baik ketika itu ialah org yg beriman yg diapit oleh dua orang mulia”-Riwayat Thabrani


MENGHIAS MASJID DAN MEMBANGGAKANYA
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"-Riwayat Nasai


RAMAI ORG SOLEH MENINGGAL DUNIA
"Tidak akn datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yg baik dan ahli agama dimuka bumi,maka tiada yg tinggal padanya kecuali orang2 yg hina dan buruk yg tidak mengetahui yg makruf dan tidak mengingkari kemungkaran-Riwayat Ahmad


RAMAI WANITA BERPAKAIAN TETAPI SBNRNYA BERTELANJANG
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah akn muncul pakaian2 wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."


BULAN SABIT KELIHATAN BESAR
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah mggelembung (membesarnya) bulan sabit"-Riwayat Thabrani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...